Misteri air warna merah di Sungai Rambai

No Image Caption
A
A
A

PORT DICKSON - Menyingkap pendedahan berhubung Sungai Rambai di Lukut, menjadi satu-satunya sungai tercemar di Malaysia yang berada dalam Kelas Lima, kru Sinar Premium turun ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan di sana.

Setibanya di lokasi, kami benar-benar terkejut apabila mendapati sungai yang mengalir di sebelah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tanah Merah Site A itu, warnanya hitam dan berbau busuk serta dipenuhi sampah yang berulat.

Bayangkanlah walaupun kami memakai pelitup muka tiga lapisan, bau sungai tetap menusuk hidung dan boleh membuat sesiapa sahaja berasa loya apabila berdekatan dengan sungai tersebut.

Timbul persoalan bagaimana penduduk dan murid sekolah di kawasan sungai tersebut boleh ‘hidup’ dengan suasana yang tidak menyenangkan itu.

* Baca berita penuh tentang misteri air berwarna merah di Sungai Rambai ini di Sinar Premium

Artikel Berkaitan: