'Perlembagaan BN perlu dipinda semula' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-14, Parti Makkal Sakti Malaysia. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-14, Parti Makkal Sakti Malaysia. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perlembagaan BN perlu dipinda semula bagi membolehkan parti-parti lain menyertai gabungan itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, perlembagaan lapuk yang ada pada masa ini seharusnya diketepikan.

“Yang akan menyertai tujuh parti tidak boleh masuk kerana Perlembagaan BN mengikat mereka daripada masuk.

“Kerana syaratnya jika ada satu parti menolak mana-mana parti yang (mahu) masuk, maka itu tidak boleh dilakukan.

“Perlembagaan BN perlu dirombak semula,” katanya semasa berucap semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-14 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Ahmad Zahid juga mempersolkan mengapa pihaknya perlu menolak parti yang mahu menyertai dan berkawan dengan BN.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-14, Parti Makkal Sakti Malaysia. Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-14, Parti Makkal Sakti Malaysia. Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB

“Orang mahu berkawan dan orang mahu menyertai kenapa perlu ditolak?,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut berkata, bahawa pihaknya akan melakukan pembersihan di dalam BN dan UMNO.

“Kita tahu kalau ada musuh di luar parti kita, itu kita kenal pasti dengan mudah. Kalau ada duri dalam daging, gunting dalam lipatan, kita kenal. Sekilas ikan di air, kita kenal jantan dan betinanya.

“Tidak lama, saya ulangi, tidak lama. Sesuatu mesti dilakukan untuk membersihkan. Kita harus melakukan pembersihan dari dalam.

“Kita tidak mahu ada musang dalam reban ayam. Musang perlu dikeluarkan. Kita tidak mahu ada bangkai tikus dalam telaga kita. Telaga yang ada bangkai tikus airnya tidak boleh diminum,” tegasnya.