Paras air sungai di Kuala Langat tahap berjaga-jaga

Limpahan air di Jeti Sri Tanjung, Sijangkang pada pagi Ahad akibat air pasang besar.
Limpahan air di Jeti Sri Tanjung, Sijangkang pada pagi Ahad akibat air pasang besar.
A
A
A

KUALA LANGAT - Paras air sungai di dua lokasi di daerah ini mencapai tahap berjaga-jaga berikutan fenomena air pasang besar bermula Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya mengesan limpahan air di Jeti Seri Tanjung, Sijangkang pada jam 6.50 pagi dan Jeti Seri Tama, Pulau Carey pada jam 7.10 pagi.

Bagaimanapun beliau berkata, tiada penduduk yang terjejas atau dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat insiden tersebut.

"Cuaca berada dalam keadaan baik, tiada mangsa dipindahkan ke PPS," katanya pada Ahad.

Dalam pada itu, Hafisham turut melaporkan situasi air pasang besar di empat kawasan Klang iaitu di Jalan Kunci Air, Pengkalan Genting di Jalan Genting, Jeti Sayang D Sayang dan Pengkalan Sungai Keramat.

Ujarnya, paras air mencapai ketinggian 5.4 meter pada jam 6.45 pagi, namun keadaan terkawal dan tidak menjejaskan penduduk setempat.

"Fenomena air pasang besar turut dikesan pada jam 7.50 pagi di Jeti Kuala Selangor, Kuala Selangor, namun tiada risiko banjir dikesan," katanya.

Pada Sabtu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengingatkan penduduk di daerah ini agar peka dengan fenomena air pasang besar yang bakal melanda pada bulan ini hingga Disember depan.

Artikel Berkaitan:

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Jumaat