Swiatek juara Terbuka AS

Swiatek muncul juara Terbuka AS setelah menewaskan Jabeur di New York pada Ahad. - Foto Agensi.
Swiatek muncul juara Terbuka AS setelah menewaskan Jabeur di New York pada Ahad. - Foto Agensi.
A
A
A

BINTANG sensasi, Iga Swiatek berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi Grand Slam kedua tahun ini setelah menewaskan pemain Tunisia, Ons Jabeur pada final Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.

Pemain nombor satu dunia itu mengatasi kebangkitan pada set kedua lawannya itu untuk menang 6-2, 7-6 (7/5) dalam tempoh 1 jam 52 minit di Stadium Arthur Ashe, New York.

"Kejohanan ini amat mencabar kerana ia adalah di New York, sangat bising, sangat gila.

"Terlalu banyak godaan di bandar ini, terlalu ramai orang yang saya jumpa, sangat memberi inspirasi. Saya bangga dapat mengatasinya secara mental," ujar Swiatek.

Bintang Poland itu sebelum ini meraih kejayaan di Terbuka Perancis pada Jun, sekali gus menjadikan pemain berusia 21 tahun itu wanita pertama sejak 2016 menang dua Grand Slam dalam semusim.

Gelaran ke-10 dalam karier Swiatek itu juga melebarkan rekodnya pada final kejohanan. Dia kini menang 10 final terakhirnya tanpa tercicir sebarang set.

Swiatek merebahkan diri di gelanggang sebagai tanda kelegaan menang kejohanan itu yang menyaksikannya meraih $2.6 juta (RM11.7 juta) hadiah kemenangan.

Dalam pada itu, kekecewaan sekali lagi membelenggu Jabeur yang mahu bergelar wanita Afrika pertama muncul juara Grand Slam.

Artikel Berkaitan:

Pemain berusia 28 tahun itu juga tewas pada final di Wimbledon pada Julai.

"Saya sangat penat tetapi Iga (Swiatek) tidak menjadikan ia mudah buat saya.

"Dia berhak menang. Saya akan terus berusaha keras dan akan mendapat gelaran itu tidak lama lagi," ujar Jabeur.