TMJ beri pinjam kanvas tutup padang Stadium Nasional

Tangkap layar Instagram Tunku Ismail.
Tangkap layar Instagram Tunku Ismail.
A
A
A

PEMILIK Johor Darul Ta,zim(JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil langkah proaktif bagi memastikan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil dalam keadaan baik apabila memberi pinjam kanvas untuk menutup padang berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram beliau memaklumkan bahawa kanvas yang menutup padang stadium untuk aksi final Piala FA adalah milik Harimau Selatan.

Tindakan itu nyata bertepatan kerana pada petang sebelum perlawanan akhir, keadaan di Stadium Nasional hujan renyai menyebabkan padang mungkin rosak apabila berlangsungnya perlawanan akhir nanti.

Untuk rekod, padang Stadium Nasional rosak teruk pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini sekali gus tindakan drastik dilakukan pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk memperbaikinya.

Malah, situasi tersebut turut mengundang kecaman pelbagai pihak kerana stadium berharga ratusan juta ringgit itu tidak sepatutnya berhadapan masalah berkenaan hingga terpaksa menggunakan penyodok untuk membuang air bertakung.

Artikel Berkaitan: