Dakwaan pemilihan semula 53 cabang PKR palsu: Zaliha

Zaliha
Zaliha
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Zaliha Mustapa menafikan dakwaaan bahawa pemilihan di 53 cabang dalam parti itu perlu dilakukan semula.

Beliau menegaskan bahawa berita mengenai perkara tersebut adalah palsu.

“Ia adalah rentetan dari sebuah ‘posting’ di ruang media sosial yang saya sifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan sengaja dikeluarkan atas tujuan provokasi.

“Adalah mustahil saya selaku Pengerusi JPP PKR tidak dimaklumkan terlebih dahulu dari Pejabat Setiausaha Agung jika benar ada surat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysian (RoS) berkenaan hal tersebut.

“Apatah lagi saya sendiri berada dalam jawatankuasa menguruskan tentang beberapa hal yang ditimbulkan kepada RoS berkaitan dengan pemilihan parti baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan mengenai dakwaan mengatakan pemilihan lebih 50 cabang PKR di seluruh negara terutama di Selangor termasuk Gombak, Ampang mungkin terpaksa diadakan semula kerana tidak sah.

Dalam pada itu, Zaliha meminta supaya anggota PKR bertenang dan tidak bertindak dengan sebarang spekulasi serta hanya menerima berita dari sumber sahih.

Artikel Berkaitan: