Hibah TH: Mengapa kerajaan PH terus salahkan BN?

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mempersoalkan mengapa kerajaan PH tidak pernah mengakui kelemahan tadbir urus negara ketika ini sebaliknya sering meletakkan kesalahan di bahu kerajaan dahulu bagi menutup kelemahan yang berlaku.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, apa yang ditunjukkan oleh kerajaan seperti alasan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan hibah haji bagi 2018 oleh Tabung Haji (TH) yang rendah menampakkan mereka sebagai kumpulan tadbir yang lemah.

“Dividen ASB rendah salah BN. Hibah TH jatuh salah BN juga. Apa lagi salah BN ?

“Rakyat sedia tahu, banyak agensi pelaburan berkait kerajaan termasuk TH kerugian sejak 2018 lagi. Tapi kerajaan PH masih lagi tidak ‘move on’ dan tidak mengaku gagal tadbir negara dengan baik,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengumumkan hibah haji bagi tahun kewangan 2018 adalah 1.25 peratus iaitu jumlah yang paling rendah dalam sejarah pemberian hibah daripada institusi kewangan Islam itu.

Untuk rekod, TH mengagihkan hibah 6.25 peratus bagi tahun kewangan 2017 ketika pentadbiran kerajaan terdahulu, namun Mujahid menjelaskan, manipulasi akaun membolehkan hibah diisytihar pada kadar yang tinggi walaupun jurang defisit meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hibah TH pada kadar 1.25 peratus

Artikel Berkaitan: