Skrin besar buat penyokong JDT

Skrin gergasi di setiap daerah mudahkan penyokong JDT saksikan perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.
Skrin gergasi di setiap daerah mudahkan penyokong JDT saksikan perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.
A
A
A

PENYOKONG pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpeluang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu FC menerusi skrin gergasi di setiap daerah Johor.

Ia pastinya berita gembira buat penyokong bola sepak yang tidak berpeluang ke Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu ini.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, wakil rakyat dan komuniti setempat akan menyediakan tayangan skrin gergasi atau lebih dikenali sebagai 'big screen' di tempat masing-masing.

"Bukan pertama kali JDT masuk pusingan akhir, jadi ramai wakil rakyat dan komuniti setempat mengambil peluang ini mengadakan tayangan perlawanan akhir ini di skrin gergasi.

MOHD HAIRI
MOHD HAIRI

"Ini terbukti apabila wakil rakyat di beberapa daerah seperti di Pagoh dan Tenang sudah mengambil inisiatif untuk mengadakan program rakyat bersempena dengan perlawanan akhir Piala FA nanti," katanya pada Khamis.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh berkata, sebagai tanda sokongan kepada JDT, layar gergasi disediakan di Dataran Labis pada Sabtu ini.

Katanya, ia bagi memberi kemudahan buat penduduk setempat bagi menonton pasukan kesayangan mereka beraksi di layar gergasi.

Artikel Berkaitan:

"Selain mengadakan aktiviti sokongan dan gerai jualan, kita juga membuat cabutan bertuah berupa pelbagai barangan elektrik termasuk Android TV kepada pengunjung yang hadir pada malam itu," katanya.