Penyokong JDT bakar suar lagi

JDT sebelum ini didenda RM120,000 kerana penyokong mereka membakar suar dalam stadium.
JDT sebelum ini didenda RM120,000 kerana penyokong mereka membakar suar dalam stadium.
A
A
A

PENYOKONG Johor Darul Ta'zim (JDT) seolah-olah tidak serik selepas kelab tersebut dikenakan hukuman denda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana membakar suar.

Ia berikutan tindakan segelintir penyokong JDT yang dilaporkan sekali lagi membakar suar di dalam Stadium Sultan Ibrahim dipercayai selepas aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan pada malam Sabtu.

Sebelum ini, FAM mengenakan hukuman denda berjumlah RM120,000 kepada JDT susulan insiden pembakaran suar dalam dua perlawanan Liga Super dan satu perlawanan Piala FA.

Denda pertama sebanyak RM30,000 dikenakan kepada JDT ketika perlawanan menentang Sabah FC pada 31 Mac akibat tindakan penyokong melakukan pembakaran suar dalam anggaran sebanyak 10 unit.