Sukma: Kedah sasar 25 pingat emas

Muhammad Sanusi menerima bendera negeri Kedah untuk disampaikan kepada ketua kontinjen.
Muhammad Sanusi menerima bendera negeri Kedah untuk disampaikan kepada ketua kontinjen.
A
A
A

KEDAH menyasarkan kutipan 25 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kuala Lumpur yang bermula pada 16 hingga 24 September ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sasaran itu dijangka diperoleh daripada 31 acara sukan yang dipertandingkan.

Menurutnya, antara acara sukan yang disasarkan mendapat pingat emas ialah sukan tempur, sukan raket dan juga sukan pelayaran.

"Acara pelayaran ini akan dijalankan di Langkawi, atlet kita sudah biasa dengan keadaan di sana jadi ia boleh memberi kelebihan kepada kontinjen Kedah," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kedah sempena Sukan Malaysia (Sukma) di Dewan Seri Mentaloon pada Khamis

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 520 atlet diiringi 103 jurulatih, 38 pengurus, 75 urusetia dan 37 pegawai tambahan bakal menggalas cabaran ke sukan dwi tahunan itu.

"Kita sasarkan 25 pingat emas, pingat yang lain itu perak dan gangsa terserah jumlah kutipannya tetapi paling penting sasaran emas itu dapat dicapai," ujarnya.

Muhammad Sanusi berkata, bagi meningkatkan semangat atlet, kerajaan negeri menawarkan ganjaran kepada atlet individu yang cemerlang.

"Kita akan beri ganjaran RM3,000 bagi pingat emas; RM2,000 bagi pingat perak dan RM1,000 bagi pingat gangsa.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai tambahan, atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan juga akan diberikan ganjaran tambahan," jelas beliau.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, persiapan rapi telah dilakukan barisan atlet dah jurulatih dalam setiap acara sukan walaupun kejohanan terpaksa ditangguhkan berikutan Covid-19.

"Saya berharap sepanjang temasya itu, semua atlet yang terlibat dapat menjaga disiplin selain menjaga nama baik Kedah yang dibawa. Harumkan nama negeri dan sentiasa berpegang kepada slogan "Kedah Fighters," katanya.