Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes Najib: Menang atau kalah bukan untuk dirai

08 September 2022 | Video Shorts
A
A
A

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim, perbicaraan kes bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah adalah untuk memberi keadilan, bukannya untuk diraikan.

Tambahnya dengan mengambil contoh kes dadah melibatkan rakyat Malaysia di Australia, kerajaan negara itu tidak mendedahkan siapa pelakunya kerana mahu menjaga sensitiviti keluarga, selain tidak mahu mengganggu siasatan.

Berbeza pula dengan situasi di Malaysia katanya, apabila ketua agensi yang bertindak 'mengetawakan' mereka yang didakwa sehingga merendahkan institusi keadilan negara.

Razali berkongsi pendapatnya dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan pada Rabu, 7 September 2022.

TONTON VIDEO PENUH DI: https://www.youtube.com/watch?v=SXBsCGadbD8

#BersamaJohanJaaffar #SinarHarian #Malaysia #politik #politikMalaysia #UMNO #Najib #NajibRazak #PRU15 #MyIPO