Sultan Selangor zahir takziah pemergian Zain Azahari

Sultan Sharafuddin (kanan) bersama Allahyarham Zain Azahari (kiri).Foto: Facebook Selangor Royal Office.
Sultan Sharafuddin (kanan) bersama Allahyarham Zain Azahari (kiri).Foto: Facebook Selangor Royal Office.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh kolektor seni, Allahyarham Zain Azahari Zainal Abidin yang meninggal dunia pada berusia 87 tahun Sabtu lalu.

Baginda menerusi satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office bertitah mengenali Allahyarham sebagai Pak Zain kerana memiliki minat yang sama iaitu mengumpul karya lukisan dan hasil seni tempatan dan antarabangsa.

Menurut hantaran tersebut, baginda pernah berangkat melawat ke galeri peribadi Allahyarham iaitu Galeri Z serta menganggap Allahyarham sebagai seorang yang budiman dan merendah diri.

"Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," titahnya pada Rabu.

Artikel Berkaitan: