Artis Korea Park Seo-Jun sertai TeamMilo

Park Seo-Jun bersama variasi produk Milo.
Park Seo-Jun bersama variasi produk Milo.
A
A
A

MILO berkolaboratif dengan ikon antarabangsa yang juga selebriti terkenal Korea, Park Seo-Jun, pada Ogos lalu menerusi variasi produk dalam stik pek yang mudah dibawa ke mana sahaja.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Milo, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, setiap satu variasi produk Milo with Whole Grain Cereal, Milo 3-in-1, Milo Original dan Milo Less Sugar mengandungi kebaikan tersendiri yang menepati keperluan, cita rasa dan gaya hidup semasa pengguna termasuk Park Seo- Jun.

"Milo with Whole Grain Cereal dengan bijirin penuh merupakan minuman pelengkap sarapan pagi yang ringan namun mengenyangkan, sesuai untuk mereka dengan gaya hidup sibuk.

“Milo 3-in-1 menjadi pilihan bagi mereka yang ingin lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Milo Original iaitu serbuk sama dengan tin kini tampil dalam format stik pek mudah, sesuai untuk mereka yang ingin kekal bertenaga.

“Milo Less Sugar mengandungi 25 peratus kurang gula sesuai untuk mereka yang mengamalkan pilihan kurang gula. Kami teruja berkolaboratif bersama Park Seo-Jun," katanya dalam satu kenyataan.

Su Yen berkata, Park Seo-Jun merupakan seorang yang menjiwai tenaga Milo.

“Kami ingin memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus melangkah jauh dan memperoleh apa jua yang ingin dicapai pada setiap hari dan disemarakkan dengan khasiat serta tenaga Milo.

“Dengan rangkaian variasi Milo yang pelbagai, kami yakin pasti ada Milo untuk setiap individu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kempen akan dirancakkan dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk mengujakan peminat Milo dan Pak Seo-Jun.