Jangan malukan bossku: Najib

Program Santai Bossku Bersama Tok Mat Dengan Masyarakat India di Bandar Ekar di sini, malam tadi. - Foto ADAM AMIR HAMZAH
Program Santai Bossku Bersama Tok Mat Dengan Masyarakat India di Bandar Ekar di sini, malam tadi. - Foto ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengajak pengundi DUN Rantau untuk memberi kemenangan besar kepada calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu secara berseloroh turut berpesan kepada rakyat di kawasan berkenaan supaya tidak memalukan beliau.

"Tuan-tuan dengan pesanan daripada bossku. Jangan bagi bossku malu.

"Beri kemenangan besar kepada Tok Mat (Mohamad) kita. Bagi satu kemenangan yang akan menggegarkan negara,"katanya pada program Santai Bossku Bersama Tok Mat Dengan Masyarakat India di Bandar Ekar di sini, malam tadi.

Menurutnya lagi, dengan kemenangan besar yang berpihak kepada Mohamad itu nanti ia diyakini mampu memberi perubahan besar kepada landskap politik negara.

Tambahnya, pengalaman Tok Mat sebagai wakil rakyat di kawasan itu sejak 15 tahun lalu telah membuktikan beliau telah melaksanakan tugas dengan baik.

"Calon PH ( Dr S Streram) cucuk orang bagi tidur sahaja. Buat apa?.

"Kita mahukan seorang yang boleh membuat perubahan kepada DUN Rantau, Negeri Sembilan dan Malaysia. Tok Mat lah pilihan kita,"katanya.

Artikel Berkaitan: