PSG lega lepasi ujian Juventus

Mbappe meraikan jaringan bersama Neymar ketika berdepan Juventus dalam Liga Juara-Juara di Paris.
Mbappe meraikan jaringan bersama Neymar ketika berdepan Juventus dalam Liga Juara-Juara di Paris.
A
A
A

PENGENDALI Paris St Germain (PSG), Christophe Galtier memuji karakter juara Ligue 1 itu apabila berjaya mengekang kebangkitan Juventus pada separuh masa kedua ketika kelab Perancis tersebut memulakan kempen Kumpulan H Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-1 di Paris.

Galtier, yang membuat penampilan sulung bersama PSG dalam saingan kelab premium Eropah, percaya skuad itu akan bertambah baik daripada terpaksa berhempas pulas apabila gergasi Serie A, yang tidak pernah ditewaskan dalam lapan pertemuan sebelum ini, menekan untuk gol penyamaan.

“Kami mempunyai beberapa peluang pada separuh masa pertama dan mendahului dua gol dan walaupun Juventus mempunyai peluang, saya sangat berpuas hati dengan prestasi para pemain pasukan,” kata Galtier.

PSG mendahului 2-0 di Parc des Princes selepas 22 minit selepas Kylian Mbappe menjaringkan dua gol sebelum pemain gantian Weston McKennie merapatkan defisit dengan gol minit ke-55 babak kedua.

Mbappe berpeluang melebarkan kedudukan tuan rumah sebelum itu, namun dia gagal membuat hantaran kepada Neymar untuk diterjemahkan dalam bentuk jaringan pemain Brazil tersebut.

"Mbappe bermain dengan corak permainan yang hebat dan dia obses gol. Mungkin dia tidak melihat Neymar pada ketika itu, saya tidak tahu.

“Kami terpaksa bekerja keras untuk tidak melepaskan gol kedua tetapi itulah bola sepak seperti ini yang anda lihat dalam perlawanan ini,” kata Galtier.

Sementara itu, Allegri kesal dengan permulaan hambar dipamerkan para pemain Juventus di Parc des Princes.

Artikel Berkaitan:

"Kami boleh mengelak dua gol ini dan menentang pasukan seperti PSG, namun bukan mudah untuk pulih daripada ketinggalan dua gol sedemikian. Kami kecewa pada separuh masa pertama.

"Kami terlalu merendah diri pada separuh masa pertama tetapi lebih baik pada babak kedua, dengan (Weston) McKennie membawa beberapa rentak dan kekuatan selepas rehat," katanya.