Ancaman banjir dahsyat belum reda

Khemah sementara yang didirikan di sepanjang jalan di Sohbatpur, daerah Jaffarabad di wilayah Balochistan.
Khemah sementara yang didirikan di sepanjang jalan di Sohbatpur, daerah Jaffarabad di wilayah Balochistan.
A
A
A

ISLAMABAD - Hujan lebat berterusan memaksa sekumpulan jurutera 'menceroboh' tasik air tawar terbesar di Pakistan untuk mengalirkan air banjir yang mengancam beberapa bandar yang berpopulasi hampir setengah juta penduduk.

Menteri Maklumat wilayah Sindh, Sharjeel Inam Memon pada Isnin berkata, jurutera terpaksa menggunakan kaedah itu untuk melepaskan air ke Tasik Manchar yang terletak di barat Sungai Indus.

Langkah itu telah menenggelamkan kawasan penempatan kecil berhampiran hingga memaksa ribuan penduduk dipindahkan.

“Aliran banjir berjaya dialihkan, namun ancaman masih belum berakhir. Kami cuba melakukan sehabis baik untuk mengelakkan lebih banyak perkampungan tenggelam,” jelasnya.

Ketika ini, hampir satu pertiga kawasan di negara itu bersamaan saiz United Kingdom (UK) tenggelam setelah musim monsun luar biasa melanda Islamabad dan meragut sekurang-kurangnya 1,300 nyawa.

Makanan percuma diagihkan kepada penduduk terjejas banjir di bandar Dera Allah Yar di wilayah Balochistan.
Makanan percuma diagihkan kepada penduduk terjejas banjir di bandar Dera Allah Yar di wilayah Balochistan.

Pemerintah menganggarkan kos pembinaan semula infrastruktur yang musnah mencecah AS$10 bilion (RM44.3 bilion) selain ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

“Kami tiada tempat lain untuk dituju,” kata Zebunnisa Bibi yang berlindung bersama lebih 500 penduduk di bawah 65 khemah sementara berhampiran Fazilpur di wilayah Punjab.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, khemah sama turut didirikan di kawasan selatan dan barat negara itu susulan paras air sungai melimpah akibat hujan lebat berterusan.Sebahagian besar kawasan Sindh dan Balochistan kini ditenggelami banjir serta menyebabkan penduduk yang hilang tempat tinggal terpaksa berkumpul di tepi jalan, landasan kereta api serta kawasan yang lebih tinggi.

Ketika ini, golongan ibu hamil antara yang memerlukan bantuan segera.

“Saya perlukan doktor atau bidan. Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada kandungan saya?” ujar Fahmidah Bibi dalam nada sedih.

Sebuah keluarga bersama haiwan ternakan mereka menjadikan landasan kereta api di daerah Rajanpur, wilayah Punjab sebagai tempat perlindungan sementara.
Sebuah keluarga bersama haiwan ternakan mereka menjadikan landasan kereta api di daerah Rajanpur, wilayah Punjab sebagai tempat perlindungan sementara.

Pada akhir minggu lalu, Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) memaklumkan terdapat 128,000 ibu hamil dan 42,000 daripadanya bakal melahirkan dalam tempoh tiga bulan akan datang. - AFP

INFO

- Data terbaharu dikeluarkan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan menunjukkan banjir itu memusnahkan hampir 6,000 kilometer jalan raya, 246 jambatan dan 1.6 juta rumah sejak Jun lalu.