Malaysia ucap tahniah kepada PM UK

Lizz Truss (kanan) semasa membuat kunjungan hormat kepada Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen pada 8 November 2021.
Lizz Truss (kanan) semasa membuat kunjungan hormat kepada Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen pada 8 November 2021.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Liz Truss yang dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK).

Menerusi ciapan di Twitter, Ismail Sabri turut berharap agar hubungan dua hala Malaysia - UK terus terjalin untuk kesejahteraan kedua-dua negara.

"Selamat bertugas," ciapnya pada Selasa.

Truss, 47, menjadi pilihan pemimpin Parti Konservatif untuk menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri UK yang baharu pada Isnin.

Beliau yang menggantikan Boris Johnson meraih kemenangan selesa menewaskan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dengan undian majoriti sebanyak 81,326 berbanding Sunak dengan undian 60,339.

Kemenangan Truss itu sekali gus menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri wanita ketiga buat negara itu selepas Margaret Thatcher dan Theresa May dalam tempoh 40 tahun.

Artikel Berkaitan: