Pelakon remaja dakwa dicabul bapa buat laporan polis

Pelakon remaja berusia 15 tahun yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya membuat laporan pada jam 10.25 malam pada Isnin.
Pelakon remaja berusia 15 tahun yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya membuat laporan pada jam 10.25 malam pada Isnin.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kenyataan seorang pelakon remaja yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya supaya tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat laporan pada jam 10.25 malam pada Isnin.

"Mangsa juga mendakwa sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapanya.

"Kejadian itu berlaku sejak 2013 sehingga 2017 ketika mangsa berusia enam tahun semasa tinggal di kawasan daerah ini dan suspek dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa apabila ibunya tiada bersama di rumah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Wan Azlan berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah.

“Orang ramai diminta yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Adilah Rosli di talian 016-6873616 atau Pusat Kawalan Daerah Subang di talian 03-78627100 bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan, bapa kepada pelakon terbabit telah membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah pada Ahad susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.

Pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat pendedahan itu menerusi satu temu bual di YouTube 'Bros Gang TV' hingga menarik perhatian ramai.

Artikel Berkaitan:

Beliau mendakwa, bapanya pernah mengajaknya untuk menonton video lucah bersama dan mendakwa pernah beberapa kali diraba bapanya itu.