Polis selamatkan enam wanita Indonesia mangsa pemerdagangan orang

No Image Caption
A
A
A

MUAR - Polis menyelamatkan enam wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 35 tahun, daripada aktiviti pemerdagangan manusia di Jalan Abdul Rahman, di sini, petang Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, kejayaan itu susulan penahanan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 27 hingga 62 tahun yang disyaki percayai terlibat dengan aktiviti tersebut di lokasi berdekatan, pada pukul 4 petang, hari yang sama.

Turut dirampas sebuah telefon bimbit milik seorang daripada suspek serta beberapa dokumen berkaitan.

"Tangkapan dan serbuan ini dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dan Muar serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Muar.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda,” kata beliau dalam kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata, seorang lelaki daripada tiga suspek itu direman tiga hari mulai hari ini manakala yang lain direman tujuh hari.- Bernama

Artikel Berkaitan: