Terbuka AS: Tiafoe singkirkan Nadal untuk mara ke suku akhir

Tiafoe meraikan kejayaannya selepas menewaskan Rafael Nadal di pusingan keempat Terbuka AS.
Tiafoe meraikan kejayaannya selepas menewaskan Rafael Nadal di pusingan keempat Terbuka AS.
A
A
A

HASRAT pemain Sepanyol, Rafael Nadal untuk memburu gelaran Grand Slam ke-23 tidak kesampaian selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Frances Tiafoe pada pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Pada aksi yang berlangsung di Flushing Meadows itu, Tiafoe yang merupakan pilihan ke-22 kejohanan nyata tidak dapat menahan sebak selepas berjaya menamatkan rentak kemenangan 22 perlawanan Nadal menerusi keputusan 6-4, 4-6, 6-4, 6-3.

Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan sekarang. Saya sangat gembira dan seolah tidak percaya mampu memenangi perlawanan ini.

“Dia (Nadal) merupakan antara pemain terhebat sepanjang zaman. Kemenangan ini merupakan salah satu detik terindah dalam karier saya,” kata Tifoe.

Menanti Tifoe di suku akhir nanti ialah pilihan kesembilan dari Rusia, Andrey Rublev yang menyingkirkan wakil Great Britain, Cameron Norrie dengan keputusan straight set, 6-4, 6-4, 6-4.

Untuk rekod, pemain berusia 24 tahun itu merupakan wakil lelaki Amerika termuda yang mara ke suku akhir di Terbuka AS sejak Andy Roddick pada 2006 dan juga merupakan suku akhir kedua utama dalam kariernya.

Artikel Berkaitan: