Rokok seludup RM7.72 juta dirampas

Sebanyak 1,029 kotak rokok tidak bercukai dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas.
Sebanyak 1,029 kotak rokok tidak bercukai dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 1,029 kotak rokok pelbagai jenama membabitkan nilai RM7.72 juta dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas di sini pada Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan pada kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dilakukan pasukan task force, Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP).

"Hasil serbuan, polis membuat rampasan 1,029 kotak rokok pelbagai jenama di lokasi tempat penyimpanan rokok tidak bercukai kastam tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Kamarul Zaman, pihak polis akan terus membanteras kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi, arak dan rokok yang menyebabkan kerugian kepada hasil dalam negara.

"Polis Johor memberi amaran kepada mereka yang masih terlibat dalam pelanggaran undang-undang ini agar menghentikan kegiatan ini atau diambil tindakan tegas mengikut undang-undang," katanya.

Beliau berkata, sebarang maklumat mengenai aktiviti penyeludupan boleh disalurkan kepada Urusetia Task Force Kontinjen Johor, Superintendan Nor Azlan A Kudus di talian 019-2396318 atau balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan: