Kerajaan perpaduan tanpa pembangkang impian rakyat Malaysia

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perpaduan tanpa pembangkang satu hari nanti boleh menjadi impian rakyat Malaysia, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Malah menurutnya, kerajaan bersama atas tema Keluarga Malaysia antara BN, Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah peluang untuk menyatukan semua ahli politik.

“Setiap orang perlu mencari titik persamaan untuk dibesarkan, bukan titik perbezaan untuk diperluas.

“Malaysia memerlukan perpaduan untuk kembali bangkit menjadi negara yang hebat. Jangan lepaskan peluang perpaduan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sementara itu, beliau yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkata, kepimpinan tertinggi seharusnya mempunyai rasa simpati kepada ahli di peringkat bawahan yang sentiasa patuh pada arahan.

“Perlu kasihan pada ahli bawahan yang sentiasa walak pada arahan dan tindak tanduk pemimpin di atas,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan: