Dua tokan dadah diberkas

Antara dadah dirampas daripada dua lelaki dalam serbuan, pada Jumaat.
Antara dadah dirampas daripada dua lelaki dalam serbuan, pada Jumaat.
A
A
A

KEPALA BATAS - Dua lelaki disyaki tokan dadah diberkas polis dalam dua serbuan di kawasan Sungai Dua dan Butterworth di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Utara itu berjaya menahan dua lelaki berusia 25 tahun.

Menurutnya, turut ditemui 14 bungkusan dadah masing-masing jenis heroin seberat 6,300 gram dan ganja sebanyak 47.8 gram yang keseluruhannya bernilai RM86,390.

"Hasil soal siasat kedua-dua lelaki ini terlibat aktiviti pengedaran dadah sejak Jun lalu untuk pasaran tempatan.

"Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek positif dadah malah semakan dibuat terhadap kedua-dua tangkapan juga mendapati mereka mempunyai rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Mohd Radzi berkata, selain dadah polis turut merampas sebuah kereta, motosikal dan barang kemas keseluruhan bernilai hampir RM50,000.

Tambahya, kedua-dua suspek direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: