Tangani bersama manipulasi harga ayam

Kerajaan setuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran diteruskan pada harga RM9.40 sekilogram. Gambar kecil dari kiri: Muhammad Ikmal dan Mohtar Sani)
Kerajaan setuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran diteruskan pada harga RM9.40 sekilogram. Gambar kecil dari kiri: Muhammad Ikmal dan Mohtar Sani)
A
A
A

SHAH ALAM - Sikap tidak jujur sesetengah peniaga dan penternak ayam yang memanipulasi harga sehingga menggugat kestabilan pasarannya mesti ditangani oleh kerajaan serta masyarakat bersama.

Menurut Penolong Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (Negeri Sembilan), Muhammad Ikmal Shamsul Bahrin, tindakan memanipulasi harga bakal menyebabkan peningkatan kos sara hidup dan menghimpit rakyat.

Katanya, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) seharusnya memainkan peranan penting dalam melakukan tinjauan di sekitar pasar sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan tiada penyelewengan dan manipulasi terhadap harga ayam serta barangan lain.

“Kita harus tahu barang keperluan ini dibeli oleh rakyat dan jika berlaku peningkatan bagaimana dengan kumpulan B40.

"Jika mereka ini tinggal di bandar bagaimana dengan nasib mereka. Seandainya isu ini gagal di tangani, sudah pasti berlaku penindasan terhadap mereka.

“Seperkara lagi kita kena tahu bukan semua orang yang datang ke pasar ini betul-betul peka dengan naik turun harga sebuah barang. Ada dalam kalangan mereka ini jarang ke pasar,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa kerajaan sentiasa memantau dengan rapi memastikan harga ayam stabil kerana terdapat laporan mengatakan harga ayam semakin mencabar selain ada yang mengatakan harga anak ayam semakin meningkat.

Ikmal turut mengingatkan masyarakat supaya peka serta jangan memandang enteng soal manipulasi harga barang keperluan asas.

Artikel Berkaitan:

“Masyarakat adalah entiti utama yang terdedah dengan situasi ini. Jika lihat ada sesuatu yang tak kena dengan harga pasaran barangan seperti ayam, ia perlu dilaporkan kepada KPDNHEP,” ujarnya.

Berkongsi pandangan yang sama, Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (Negeri Sembilan), Mohtar Sani berkata, kerjasama antara rakyat dengan pihak berkuasa perlu berlaku bagi memastikan kesan maksimum terhadap sebarang usaha yang digerakkan.

“Pengguna kena bijak, kalau dah tahu mahal, pergi ke tempat yang menawarkan jualan dengan harga siling. Jangan bagi muka dekat peniaga yang ambil kesempatan,” katanya.