Peniaga naikkan harga ayam berdepan tindakan

Mustapa (kiri) meninjau Masjid Kampung Laut yang dipindahkan dari Nilam Puri, Kota Bharu.
Mustapa (kiri) meninjau Masjid Kampung Laut yang dipindahkan dari Nilam Puri, Kota Bharu.
A
A
A

TUMPAT - Peniaga yang menaikkan harga ayam akan berdepan tindakan undang-undang kerana kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi terhadap bahan basah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi sentiasa memantau harga ayam dan tiada sebarang kenaikan.

Menurutnya, pasukan itu bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bekerjasama menerima input dan laporan daripada pengguna mengenai harga bahan basah itu.

"Kita sedia maklum beberapa rungutan bahawa bekalan ayam semakin mencabar dan harga anak ayam meningkat," katanya kepada pemberita selepas melawat Laman Warisan di Kampung Laut pada Ahad.

Mustapa yang juga ahli Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata, mereka akan sentiasa memastikan harga ayam dapat distabilkan pada harga siling RM9.40.

"Kita masih memberikan subsidi kepada pengguna dan tidak mahu ada khabar angin mengenai kenaikan harga ayam," katanya.

Ketika lawatan itu, Mustapa turut mengulas mengenai projek Laman Warisan bernilai RM40 juta melibatkan Laman Seni, Masjid Kampung Laut dan Laman Warisan Serunding.

Katanya, lokasi yang siap sepenuhnya pada Jun itu merupakan pusat pelancongan baharu di Kelantan dan mula menjadi tumpuan pelancong.

Artikel Berkaitan:

"Peniaga kini mula mendapat manfaat daripada projek yang diselenggara oleh Majlis Daerah Tumpat dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur selain peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya.