Verstappen ungguli perlumbaan GP Belanda

Verstappen memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda buat Red Bull hasil kesilapan strategi dilakukan pasukan Mercedes.
Verstappen memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda buat Red Bull hasil kesilapan strategi dilakukan pasukan Mercedes.
A
A
A

JUARA dunia Formula 1 (F1) musim lalu, Max Verstappen memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda buat Red Bull hasil kesilapan strategi yang dilakukan pasukan Mercedes.

Pemandu 24 tahun kelahiran Belanda itu menceriakan lebih 105,000 penyokong tuan rumah di litar Zandvoort selepas menamatkan perlumbaan 4.071 saat lebih pantas daripada pelumba pasukan Mercedes, George Russel yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Pelumpa pasukan Ferrari, Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat ketiga untuk melengkapkan kedudukan podium manakala seorang lagi pelumba Mercedes, Lewis Hamilton berada di tempat keempat.

“Saya sangat berterima kasih kepada pasukan ini kerana setiap kemenangan yang diraih banyak bergantung kepada mereka.

“Sama seperti Lewis (Hamilton) memenangi pelbagai kejuaraan sebelum ini, ia bergantung kepada pasukan tersebut. Begitulah situasi sebenar yang berlaku dalam dunia F1 ini,” kata Verstappen.

Kemenangan itu menyaksikan Verstappen kini kekal di tangga teratas kedudukan pelumba F1 dengan mengumpul 310 mata jauh meninggalkan pencabar terdekat, Leclerc yang berada di kedudukan kedua selepas mengutip 201 mata keseluruhan.

Artikel Berkaitan: