Pengurus akaun mengaku tidak bersalah pecah amanah

Mohd Reaza (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Muar pada Isnin.
Mohd Reaza (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Muar pada Isnin.
A
A
A

MUAR - Seorang pengurus akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas 114 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang tunai dan cek bernilai lebih RM2.5 juta, antara Jun 2017 hingga November 2019.

Mohd Reazal Mohd Yassin, 48, didakwa melakukan perbuatan itu ketika bekerja di syarikat pembuatan perabot di Kundang Ulu, Grisek, Tangkak.

Dia dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 14 tahun, sebat dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Amyra Natasha Azhar menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun Mohd Reazal yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan memandang dia yang kini tidak bekerja, tidak sihat dan menanggung isteri serta ibu mentua yang sakit.

Hakim Irwan Suainbon membenarkan tertuduh diikat jaminan sebanyak RM1,000 setiap pertuduhan dan menetapkan 5 Okt untuk sebutan semula kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: