ANMS promosi, sedia makanan sihat mampu milik

Tangkap layar ciapan Khairy Jamaluddin di Twitternya pada Ahad
Tangkap layar ciapan Khairy Jamaluddin di Twitternya pada Ahad
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan telah berada dalam landasan menjadikan makanan sihat sebagai makanan mampu milik untuk rakyat Malaysia melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan melalui pelaksanaan agenda tersebut telah menjalin kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pengeluar makanan tempatan.

Ujar beliau, langkah agenda itu bertujuan mempromosi dan menyediakan makanan sihat mampu milik untuk rakyat Malaysia.

“Agenda besar di bawah ANMS bekerjasama dengan MAFI, KPDNHEP, pengeluar makanan tempatan untuk mempromosi dan menyediakan makanan sihat mampu milik kepada rakyat Malaysia

“Mesti menjadikan makanan sihat mampu milik,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Ahad.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi membalas ciapan yang dikongsikan pakar kardiologi, Dr Beni Isman Rusani pada Ahad.

Beni Isman dalam ciapan pada Ahad mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menjual makanan sihat dengan harga yang berpatutan kepada rakyat terutamanya golongan B40.

Artikel Berkaitan: