1MDB: SPRM siasat penglibatan individu luar negara

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Kuwait berhubung siasatan melibatkan beberapa individu berkaitan isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Agensi Penguatkuasa Kuwait sejak dua tahun lalu.

"Ketika ini, SPRM masih menunggu keterangan daripada pihak di Kuwait yang dimohon menerusi Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

"Perkara tersebut masih lagi dalam kajian pihak Kuwait," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, SPRM sebagai salah satu peneraju utama dalam usaha pemulihan aset menitikberatkan tindakan mendapat kembali aset/wang yang hilang hasil penyelewengan 1MDB dan beberapa syarikat lain yang terlibat.

"Setiap tindakan diteruskan dengan kerjasama agensi penguatkuasa luar negara melibatkan aliran wang yang amat kompleks dan rumit," katanya.

Menurutnya, seperti kenyataan Pejabat Peguam Negara pada 16 Julai lalu, beberapa tawaran penyelesaian oleh Jho Low melalui wakilnya kepada kerajaan Malaysia telah ditolak sepenuhnya oleh Pejabat Peguam Negara.

"Semua pihak dimohon agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini.

Artikel Berkaitan:

"Ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat umum serta boleh menjejaskan siasatan," jelas kenyataan itu.