PKR Sabah lantik 13 muka baharu

PKR Sabah mengumumkan barisan kepimpinan baharu parti itu dengan 13 jawatan tertinggi disandang oleh muka baharu.
PKR Sabah mengumumkan barisan kepimpinan baharu parti itu dengan 13 jawatan tertinggi disandang oleh muka baharu.
A
A
A

LABUAN - PKR Sabah mengumumkan barisan kepimpinan baharu parti itu dengan 13 jawatan tertinggi disandang oleh muka baharu.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah yang baru dilantik, Simsudin Sidek berkata, Pengerusi PKR Sabah yang baharu ialah bekas ahli akademik, Datuk Dr Sangkar Rasam yang juga Ketua Cabang Keningau, menggantikan Datuk Christina Liew.

"Pelantikan Sangkar dibuat pada mesyuarat yang diadakan dengan semua ketua cabang Sabah dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Ogos lepas. Liew kekal sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah untuk mengetuai jentera pilihan raya PH negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” kata Simsudin yang juga Ketua Cabang Labuan kepada Bernama.

Ketua Cabang Kota Marudu, Sazalye Donol Abdullah ialah Timbalan Pengerusi PKR Sabah, manakala ADUN Inanam yang juga Ketua Cabang Sepanggar, Peto Galim ialah Naib Pengerusi 1, Joseph Alex Chang (Ketua Cabang Penampang) dan Romansa Lamin (Ketua Cabang Silam) masing-masing Naib Pengerusi 2 dan 3.

Ketua Wanita PKR Labuan, Noriha Yakub dilantik sebagai Ketua Wanita PKR Sabah; Datin Rufina Pangeran sebagai Timbalannya dan Zaidi Jatil adalah Ketua Pemuda baharu dan Timbalannya, Remysta Jimmy Tailor, manakala Raymond Ahuar dilantik sebagai Bendahari dan Sahrudin A Harol, Setiausaha Penyelaras. - Bernama

Artikel Berkaitan: