Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat umum kepimpinan baharu

Fairuz (duduk, tengah) ketika mengadakan sidang media, pada Selasa. - Foto Bernama
Fairuz (duduk, tengah) ketika mengadakan sidang media, pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada Selasa mengumumkan barisan kepimpinan baharu diketuai Datuk Fairuz Renddan untuk sesi 2023-2026.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pergerakan berkenaan, Fairuz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan berkata, kesemua yang dilantik adalah daripada pelbagai suku kaum dan agama di negeri ini, selain berkelayakan dalam bidang masing-masing untuk membantu memperkuatkan Gagasan Rakyat.

Katanya, kepimpinan baharu yang telah dipilih antaranya Naib Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Azrul Ibrahim, Khazarudin Kahar (Penolong Setiausaha), Mohammad Ghazali Hajiji (Penolong Bendahari) dan Barhul Sahibu sebagai Ketua Penerangan.

"Kini kita juga dalam proses mendaftarkan ahli di seluruh Sabah dan sambutan sangat menggalakkan dan kita jangkakan ahli dalam kalangan pemuda mencecah 20,000 orang sehingga hujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pergerakan itu juga bakal menubuhkan skuad GAHMUDA, iaitu pasukan sukarela yang menjadi platform kepada anak muda bagi menyumbang fikiran, tenaga dan masa melibatkan isu seperti kebajikan rakyat, bencana alam dan kemalangan.

"GAHMUDA akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini dan semua ahli Gagasan Rakyat berusia 18 hingga 40 tahun dialu-alukan menyertai GAHMUDA," tambahnya. - Bernama

Berikut merupakan barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat yang diumumkan pada Selasa:

Ketua: Datuk Fairuz Renddan

Naib Ketua: Azrul Ibrahim

Penolong Setiausaha: Khazarudin Kahar

Penolong Bendahari: Mohammad Ghazali Hajiji

Ketua Penerangan: Barhul Sahibu

Exco:

1. Abqaree Fawwaz Abekan

2. Zulhuzaimi Hassan

3. Kamarul Anuar Ahmad

4. Faizal Sabri

5. Awang Faisal Assyifa

6. Willy Frous Darinsok

7. Mohd Fakhruz Zaman Arsit

8. Henry Hamdan

9. Rosdi Abdul Ghani

10. Gordon Horace Chinchi Seen

11. Faizal Justin

12. Ardie Zainurin

13.Noorudin Abdul Hussin

14. Muhd Arziz Afizy Rusmani

15. Mohd Elmin Ennis

16. Mohd Ar Razee Abdulham

17. Mohd Darwin Mohddun

18. Awang Amir Akmal Awang Buhtamam

19. Azuan Ruzfah