Skuad Projek FAM-MSN aibkan PDRM FC

Pemain skuad Projek FAM-MSN (kiri), cuba mengekang asakan daripada pemain PDRM FC pada perlawanan berkenaan. -Foto FB PDRM FC
Pemain skuad Projek FAM-MSN (kiri), cuba mengekang asakan daripada pemain PDRM FC pada perlawanan berkenaan. -Foto FB PDRM FC
A
A
A

SKUAD Projek FAM-MSN melakar kejutan apabila menewaskan PDRM FC 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Jaringan tunggal Hazwan Hassan pada minit ke-10 sudah cukup untuk memastikan kemenangan kedua buat skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Premier musim ini.

Perlawanan berkenaan menyaksikan skuad Projek FAM-MSN bermula garang dengan mengasak hebat ke gawang PDRM FC bagi membuka jaringan.

Usaha mereka berhasil apabila Hazwan Hassan memanfaatkan peluang di depan pintu gol PDRM FC dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-10

Tersentak dengan gol berkenaan, kesebelasan PDRM FC dilihat mula bangkit mengasak ke pintu gol skuad Projek FAM-MSN bagi menyamakan kedudukan, namun segala asakan yang diatur gagal menepati sasaran.

Bersambung babak kedua, PDRM FC semakin menggandakan asakan dalam usaha menjaringkan gol penyamaan.

Namun, segala asakan berkenaan berjaya dikekang benteng pertahanan skuad Projek FAM-MSN hingga ke wisel penamat.

Artikel Berkaitan: