Polis terima laporan kes kain rentang di pagar sekolah

Gambar kain rentang yang digantung di pagar sekolah.
Gambar kain rentang yang digantung di pagar sekolah.
A
A
A

KUALA PILAH - Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kain rentang yang dipasang pada pagar sebuah sekolah menengah di sini yang meminta pengetua serta seorang guru kanan pentadbiran dipindahkan dari sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, laporan itu diterima daripada seorang guru, pada Jumaat.

"Bagi saya, ini isu dalaman sekolah sahaja," katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.

Gambar kain rentang berkenaan tular di kumpulan aplikasi WhatsApp sejak Jumaat.

Difahamkan kain rentang itu dipasang ekoran rasa tidak puas hati guru di sekolah berkenaan yang mendakwa kedua-dua individu terbabit mengugut guru.

Antara yang ditulis adalah guru sekolah memohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidik Negeri (JPN) supaya memindahkan kedua-dua guru terbabit dengan kadar segera.

Ia bertujuan mengelak guru daripada tertekan dan sakit hati akibat tindakan kedua-dua pihak pentadbir sekolah yang didakwa menindas serta mengugut guru.

Artikel Berkaitan: