Pas Pulau Pinang gesa cari jalan satukan parti

Omar Hassan - Foto Facebook Pas Pusat
Omar Hassan - Foto Facebook Pas Pusat
A
A
A

ALOR SETAR - Pas Pulau Pinang menggesa pimpinan parti mencari jalan bagi menyatukan parti itu dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mengelakkan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh yang juga Perwakilan Negeri Pulau Pinang, Omar Hassan memberitahu, usaha perlu dilakukan untuk memastikan hanya berlaku pertembungan satu lawan satu pada PRU15 nanti.

Bagaimanapun, beliau menyedari perkara itu bukanlah mudah namun ia dapat direalisasikan seandainya pihak terbabit melipat gandakan usaha untuk menentukan kemenangan.

“Pas Pulau Pinang menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Pas Pusat menolak saranan atau pandangan untuk menyertai khemah besar, yang mana dalamnya terkandung sebuah parti politik yang terbukti mereka ini dalam pemerintahan 22 bulan menjadikan masyarakat dan rakyat berada dalam keadaan gelisah dan resah.

"Insya-ALLAH, kita akan teruskan (dan) kita akan memantapkan penyatuan ummah antara Pas, Bersatu dan UMNO untuk menentukan bahawa dalam PRU15 ini, kita hanya kan bertembung satu lawan satu dalam PRU15 dan musuh utama kita ialah DAP dan sekutu-sekutunya," katanya.

Omar berkata sedemikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas ke-65 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini, pada Sabtu.

Beliau memberitahu, Pas Pulau Pinang akan merintis jalan perpaduan ummah untuk duduk di meja perbincangan agar PH tidak akan mampu lagi mempertahankan kuasa mereka pada PRU nanti

Untuk mencapai kejayaan itu bukan mudah. Maka, kita perlu melipatgandakan usaha kita agar kita dianugerahkan Allah Islam yang memerintah bukan diperintah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Omar memaklumkan, Pas, UMNO dan Bersatu telah berada dalam satu majlis dengan satu persetujuan penuh harmoni dalam satu majlis pada Ogos lepas.