Ramsdale, Odegaard belum pasti beraksi

Ramsdale juga belum pasti beraksi berdepan Manchester United. - Foto Football London
Ramsdale juga belum pasti beraksi berdepan Manchester United. - Foto Football London
A
A
A

DUA pemain Arsenal, Aaron Ramsdale dan Martin Odegaard masih belum pasti dapat diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Manchester United di Old Trafford pada Ahad, gara-gara mengalami kecederaan.

Bagaimanapun menurut pengendali The Gunners, Mikel Arteta, pihaknya akan melihat keadaan terkini kedua-dua pemain berkenaan sebelum memuktamadkan kesebelasan utama yang bakal beraksi berdepan skuad The Red Devils itu.

“Kedua-dua mereka (Ramsdale dan Odegaard), kini sedang menjalani rawatan pemulihan. Kita akan lihat esok bagaimana keadaan mereka.

“Apa pun, saya memang berharap agar kedua-duanya segera pulih dan dapat menyertai sesi latihan pasukan dan sekali gus memudahkan kita untuk membuat pilihan pemain susulan masalah kecederaan beberapa pemain lain ketika ini,” kata beliau.

Selain Ramsdale dan Odegaard, Arsenal juga berdepan masalah kecederaan pemain seperti Alex Zinchenko, Thomas Partey dan Mohamed Elneny.

Odegaard masih belum pasti beraksi berdepan United. - Foto Getty Images
Odegaard masih belum pasti beraksi berdepan United. - Foto Getty Images

Untuk rekod, Arsenal kini selesa menerajui takhta EPL dengan 15 mata hasil lima kemenangan berturut-turut setakat ini.

Sementara itu Arteta mengakui berbangga dengan semangat dipamerkan skuad kendaliannya itu dalam mengharungi lima perlawanan EPL setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Kata beliau, kesemua pemain telah mempamerkan semangat serta sikap yang baik bagi memastikan The Gunners berada di puncak ketika ini.

“Apa yang boleh saya katakan, semangat serta sikap yang ditunjukkan oleh pemain setakat ini nyata mengagumkan.

“Oleh itu, saya sangat berharap kesemua pemain kembali cergas agar saya dapat menurunkan kesebelasan terbaik bagi mengharungi perlawanan-perlawanan selepas ini,” katanya.