Bayi maut, ibu dituduh di mahkamah Isnin ini

Laporan Sinar Harian pada 30 Ogos lepas.
Laporan Sinar Harian pada 30 Ogos lepas.
A
A
A

AMPANG - Seorang wanita yang ditahan untuk siasatan kes kematian bayinya berusia enam bulan akan dituduh di mahkamah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Ampang pada jam 9 pagi.

"Wanita iaitu ibu kepada bayi itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis juga masih giat mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang juga suami kepada wanita terbabit iaitu Mohamad Ruzem berusia 31 tahun untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kematian bayi lelaki itu pada Isnin lalu selepas dikejarkan ke Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan.

Pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati terdapat kesan lebam di paha kanan dan kening mangsa.

Susulan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan ibu mangsa warga tempatan berusia 34 tahun pada jam 8.40 malam di lobi hospital.

Suspek yang direman tujuh hari itu mendakwa anaknya ada mengalami kecederaan pada bahagian dahi dan kening akibat terjatuh dari katil semasa dalam jagaannya semasa berada di rumah mereka di Kampung Klang Gate.

Artikel Berkaitan: