Seorang remaja maut, tujuh cedera kemalangan empat kenderaan

Kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Ipoh-Lumut, Sungai Siput menyebabkan seorang maut dan tujuh cedera. - Foto Bomba Perak
Kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Ipoh-Lumut, Sungai Siput menyebabkan seorang maut dan tujuh cedera. - Foto Bomba Perak
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Enggor, di sini pada Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 1.53 petang sebelum jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang cedera melibatkan pemandu bersama empat penumpang kenderaan Perodua Alza, pemandu kereta Honda City dan pemandu Perodua Axia.

Salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. - Foto Bomba Pera
Salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. - Foto Bomba Pera

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Nur Aisyah Idris, 18, merupakan penumpang kereta Perodua Axia manakala seorang pemandu lori yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.

"Anggota membuat rawatan awal kepada mangsa yang cedera sementara mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, antara mangsa yang tercedera termasuklah tiga orang kanak-kanak yang merupakan penumpang Perodua Alza.

Jelasnya, operasi menyelamat oleh pihak bomba dan penyelamat selesai pada jam 3.25 petang.

Artikel Berkaitan: