Theresa May minta tangguh lagi

May (kanan) menghantar surat kepada Presiden Majlis EU meminta tempoh lanjutan sekali lagi.
May (kanan) menghantar surat kepada Presiden Majlis EU meminta tempoh lanjutan sekali lagi.
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Perdana Menteri Britain, Theresa May, hari ini sekali lagi meminta Kesatuan Eropah (EU) menangguhkan langkah Brexit.

"Britain mencadangkan supaya tempoh lanjutan itu diberikan sehingga akhir 30 Jun depan. Jika semua pihak dapat meluluskan usul perjanjian itu sebelum tarikh, tersebut, kerajaan akan mencadangkan tarikh tersebut dibatalkan lebih awal," kata May menerusi surat dihantar kepada Presiden Majlis EU, Donald Tusk.

Dalam kandungan surat itu, May menyatakan beliau mahu memastikan Britain meninggalkan blok tersebut dengan cara teratur dengan perjanjian yang dapat membantu melepaskan hubungan politik, keselamatan, diplomatik dan hubungan ekonomi.

"Dasar kerajaan adalah tetap untuk meninggalkan EU dengan cara teratur tanpa penangguhan tidak wajar. Kerajaan bersetuju meninggalkan EU dengan perjanjian adalah keputusan terbaik," menurut kandungan surat itu lagi.

Sementara itu, pegawai kanan EU memaklumkan Tusk mungkin akan menawarkan tempoh lanjutan 12 bulan yang fleksibel kepada Britain untuk memberi mereka tempoh keluar dari blok terbabit secara teratur.

Britain dijangka meninggalkan EU pada tengah malam 12 April ini selepas blok terbabit memberikan tempoh lanjutan kepada mereka susulan usul perjanjian dicapai May bersama Bruselss ditolak beberapa kali oleh Parlimen Britain. - AFP

Artikel Berkaitan: