Penunggang motosikal maut dirempuh trak pikap

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah trak pikap jenis Hilux dalam kejadian di Jalan Bandar Baru, Gua Musang pada Khamis.
Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah trak pikap jenis Hilux dalam kejadian di Jalan Bandar Baru, Gua Musang pada Khamis.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah trak pikap jenis Hilux dalam kejadian di Jalan Bandar Baru di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa berusia 22 tahun maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

"Siasatan awal mendapati semasa kejadian terdapat dua buah trak pikap yang berada di laluan sama. Bagaimanapun sebuah trak pikap yang berada di bahagian depan secara tiba-tiba mengubah haluan ke kiri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan itu trak pikap yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang motosikal mangsa.

Choon Foo berkata, kesan pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: