Amaran ribut petir di tujuh negeri

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh buah negeri sehingga jam 1 pagi pada Jumaat.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 9 malam memaklumkan, tujuh buah negeri itu ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kubang Pasu manakala di Kelantan melibatkan Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh buah negeri sehingga jam 1 pagi, pada Jumaat.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh buah negeri sehingga jam 1 pagi, pada Jumaat.

Sementara di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh, Maran dan Pekan manakala di Sarawak ia melibatkan kawasan Limbang.

Kawasan yang terlibat di Sabah pula ialah Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).

Artikel Berkaitan: