Pemuda Pas sedia ketengah 30 peratus calon muda

Ahmad Fadhli (kanan) mengiringi Tuan Ibrahim (tengah) memeriksa perbarisan kehormat Jabatan Amal Malaysia pada Muktamar Pemuda Pas kali ke-63 di sebuah hotel pada Khamis.
Ahmad Fadhli (kanan) mengiringi Tuan Ibrahim (tengah) memeriksa perbarisan kehormat Jabatan Amal Malaysia pada Muktamar Pemuda Pas kali ke-63 di sebuah hotel pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR – Pemuda Pas bersedia untuk mengetengahkan lebih ramai calon muda dengan 30 peratus akan mewakili parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya bersedia untuk memenuhi keputusan parti, malah menganggap ia sebagai satu cabaran kepada mereka.

Beliau berkata, Pemuda Pas bukan sahaja bersedia untuk membekalkan 30 peratus calon muda bagi berdepan pilihan raya nanti, malah menyediakan 100 peratus.

“Kami bukan hanya sedia 30 peratus, tetapi telah 100 peratus. Pada masa sama, kita juga mengambil kira kebolehharapan calon yang menjadi faktor akan dipertimbangkan parti.

“Apa yang disebut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan satu bukti bahawa parti sentiasa menghargai generasi muda,” katanya ketika sidang akhbar Muktamar Pemuda Pas kali ke-63 di sebuah hotel pada Khamis.

Ahmad Fadhli menyifatkan, kenyataan Timbalan Presiden Pas turut membuktikan Pas sentiasa relevan untuk pelbagai situasi perkembangan semasa.

Tambah beliau, Pemuda Pas menganggap perkara ini sebagai cabaran kepada mereka untuk membekalkan calon di peringkat bawah yang boleh dikira sebagai ‘calon reliable’ untuk dimenangi.

“Kami telah bersedia dengan senarai nama calon muda untuk mewakili parti dan akan diputuskan parti di peringkat akhir,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Tuan Ibrahim semasa memberi ucapan perasmian Muktamar Pemuda Pas menyatakan pendirian bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pemuda akan mewakili parti dalam PRU15.