PRU15: Pas ulangi pendirian tiada kerjasama dengan PH

Tuan Ibrahim (kanan) ketika sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke-63 pada Khamis.
Tuan Ibrahim (kanan) ketika sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke-63 pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Pas sekali lagi mengulangi pendirian untuk tidak mengadakan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perundingan agihan kerusi hanya dilakukan bersama Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Menurutnya, jawatankuasa agihan kerusi PN telahpun memulakan perbincangan pertama dan akan disusuli dengan beberapa lagi rundingan sebelum dimuktamadkan.

"Pas tak bincang dengan PH sebab parti sudah buat keputusan bahawa Pas tidak akan bersama dalam sebarang perundingan dengan PH untuk hadapi PRU15," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke-63 di sini pada Khamis.

Tuan Ibrahim berkata, rundingan bersama BN akan tetap dilakukan memandangkan gagasan Muafakat Nasional (MN) belum dibubarkan walaupun kedua-dua parti dilihat seolah tidak sehaluan dalam beberapa isu.

"Agihan kerusi PN kita bincang dalam jawatankuasa pembahagian kerusi. Mesyuarat pertama telahpun diadakan dan mesyuarat seterusnya mungkin dalam masa terdekat.

"Parti bagi mandat dulu, jawatankuasa tengok secara keseluruhan sebelum diangkat oleh parti masing-masing untuk diputuskan bersama," katanya.

Tambahnya, setakat ini perundingan berjalan lancar dan yakin kuota agihan dapat dimuktamadkan selepas diadakan beberapa lagi pertemuan.

Artikel Berkaitan: