Dua lelaki samun pelajar di kedai dobi ditahan

Suspek berlegar-legar di hadapan kedai dobi layan diri sebelum bertindak samun seorang remaja perempuan.
Suspek berlegar-legar di hadapan kedai dobi layan diri sebelum bertindak samun seorang remaja perempuan.
A
A
A

SANDAKAN - Dua lelaki disyaki menyamun seorang pelajar perempuan di sebuah kedai dobi layan diri ditahan kurang dari 24 jam selepas melakukan jenayah itu di Taman Mawar di sini pada Isnin lalu.

Dua suspek masing-masing berusia 24 dan 25 tahun itu berjaya ditahan pada jam 10.30 malam Selasa lalu selepas mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan dibuat oleh mangsa iaitu pelajar perempuan berusia 16 tahun.

"Dalam kejadian samun itu, telefon bimbit mangsa telah dilarikan oleh dua suspek yang menaiki motosikal.

"Kejadian itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan video berdurasi 71 saat itu turut tersebar di media sosial," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, kedua-dua suspek berjaya dikesan dan ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sandakan di perkampungan setinggan Kampung Sundang Laut di sini.

"Ketika tangkapan dilakukan, turut dirampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah samun berkenaan.

"Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, dalam rakaman video CCTV memaparkan seorang suspek lelaki yang memakai helmet dilihat berlegar-legar di hadapan kedai dobi layan diri sebelum bertindak melakukan samun terhadap seorang remaja perempuan yang sedang menggunakan telefon bimbitnya ketika itu.