Khairuddin sokong Pas runding kerusi berisiko

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyokong saranan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berunding dengan UMNO bagi menyelamatkan 27 kerusi Parlimen berisiko agar tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas itu berkata, perkara ini juga merupakan sebahagian semangat Muafakat Nasional (MN) yang perlu dihidupkan.

“Saya sangat menyokong saranan Datuk Seri Tuan Ibrahim untuk berunding kerusi-kerusi berisiko ini. Ini sebahagian semangat MN yang perlu dihidupkan.

“Pada kerusi yang pilihan utamanya ialah antara Pas dan UMNO sahaja seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah boleh berlangsung persaingan politik yang sihat ala pertandingan adik-beradik bagi menghidupkan demokrasi. Ia adil untuk semua,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Tuan Ibrahim sebelum ini dilaporkan bahawa Pas dan UMNO harus kembali kepada wadah MN untuk menyelamatkan 27 kerusi Parlimen berisiko agar tidak jatuh ke tangan PH jika dua parti terbesar itu bertembung pada PRU15.

Mohd Khairuddin yang merupakan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menambah, pertandingan kerusi yang pilihan utama antara Pas dan UMNO itu juga sebahagian daripada semangat MN.

“Itu juga sebahagian semangat MN. Semua pilihan-pilihan tersebut telah ada dalam perbincangan MN sebelum ini,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: