Sepang catat jumlah pelancong tertinggi tahun 2021

Tourism Selangor berusaha untuk merancakkan promosi pelancongan di negeri ini dengan mengadakan kempen 'Pusing Selangor Dulu'. - Foto 123rf (Gambar kecil: Ahmad Nazri)
Tourism Selangor berusaha untuk merancakkan promosi pelancongan di negeri ini dengan mengadakan kempen 'Pusing Selangor Dulu'. - Foto 123rf (Gambar kecil: Ahmad Nazri)
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kawasan seliaan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mencatatkan jumlah pelancong tertinggi di Selangor iaitu seramai 755,850 orang pada tahun 2021.

Pengurus Komunikasi Korporat Tourism Selangor, Ahmad Nazri Tashriq Rahmat berkata, jumlah tersebut menyumbang kepada 25 peratus pelancong di negeri tersebut.

Menurutnya, ia merangkumi 551,284 orang pengunjung domestik dan selebihnya ialah pelancong antarabangsa.

"Selain MPSepang, kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pula mencatatkan seramai 755,850 orang pelancong, diikuti dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) (387,713) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) (374,701)

"Kemudian, jumlah pelancong yang melawat kawasan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pula mencatatkan seramai 344,023 orang pelancong, diikuti dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) (205,116)," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahmad Nazri berkata, kawasan MPKj mencatatkan peningkatan pelancong paling tinggi sebanyak 110 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ujar beliau, peratus peningkatan tersebut diikuti dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebanyak 19.2 peratus, MPSepang (4.2 peratus) dan MPK (2.8 peratus).

"Tourism Selangor berusaha untuk merancakkan promosi pelancongan di negeri ini dengan mengadakan kempen 'Pusing Selangor Dulu', dan menggunakan platform digital seperti Google Ads dan media sosial seperti YouTube.

Artikel Berkaitan:

"Pihak kami turut menganjurkan program Fam Tour untuk media serta agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa," katanya.