Pembantu operasi rugi RM6,230

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang pembantu operasi putih mata rugi RM6,230 diipu ditipu sindiket pinjaman tidak wujud yang dihantar menerusi WhatsApp.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa berhajat membuat pinjaman RM30,000 dengan bayaran ansuran bulanan berjumlah RM356.89 selama 10 tahun.

"Mangsa diminta untuk membuat bayaran pengaktifan akaun sebanyak RM1,200 dan diminta sekali lagi untuk membayar RM2,000 untuk memadam rekod CCRIS," katanya, semalam.

Mohd Wazir berkata, suspek sekali lagi memperdaya mangsa dengan memintanya membayar wang berjumlah RM3,030 untuk yuran guaman," katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Berkaitan: