Kes gaduh, tujuh lelaki ditahan

Tangkapan layar kilp video yang memaparkan prrgaduan sekumpulan lelaki bergaduh di tepi jalan bandar Mentakab
Tangkapan layar kilp video yang memaparkan prrgaduan sekumpulan lelaki bergaduh di tepi jalan bandar Mentakab
A
A
A

TEMERLOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tujuh lelaki susulan penularan rakaman klip video pergaduhan yang berlaku di tepi jalan bandar Mentakab, Temerloh pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, tangkapan di sekitar bandar Mentakab itu melibatkan suspek berusia 19 hingga 35 tahun yang disyaki terlibat.

Menurutnya, tiada laporan polis atau sebarang aduan diterima berkenaan kejadian tersebut setakat ini.

“Pihak polis telah membuat laporan maklumat pertama (FIR) untuk memulakan siasatan dibawah Seksyen 147 kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam dan juga melakukan gaduh gempar dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

"Susulan penularan klip video tersebut, polis menangkap tujuh lelaki setakat ini dan usaha kesan baki yang terlibat giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum itu, sebuah rakaman video yang berdurasi 10 saat dipercayai berlaku pada 31 Ogos 2022, jam lebih kurang di antara 12.05 hingga 12.20 tengah malam tersebar di aplikasi WhatsApp.

Mohd Azhar memberitahu, pihak polis telah mengesan video terbabit kira-kira pukul 8 pagi melibatkan pergaduhan sekumpulan lelaki tersebut.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil bagi menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan Imawathy Mohamad Yusof di talian 012-2822874 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: