Piala Raja Thailand: Pan-gon beri bayangan bawa muka baharu

Pan-gon ketika mengendalikan sesi latihan pasukan negara pada Jun lalu.
Pan-gon ketika mengendalikan sesi latihan pasukan negara pada Jun lalu.
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak menolak kemungkinan memanggil beberapa muka baharu bagi memperkuatkan pasukan menghadapi cabaran Piala Raja Thailand 2022 di Chiang Mai pada 20 hingga 24 September ini.

Menurut Pan-gon, dia dan barisan kejurulatihan sudah pun mengenal pasti beberapa pemain baharu yang berpotensi untuk diketengahkan dalam saingan tersebut.

“Kejohanan di Thailand ini akan digunakan sebaiknya untuk pasukan membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejuaraan Piala AFF 2022.

“Ini peluang terbaik berdepan pasukan handal dan muka baharu mungkin diberi peluang menyertai kejohanan ini.

“Justeru, kami akan melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi kejohanan ini (Piala Raja Thailand,” katanya.

Selain Malaysia, kejohanan juga disertai tuan rumah Thailand, Tajikistan dan Trinidad & Tobago.

Saingan kali ini berlangsung menggunakan format kalah mati menyaksikan pemenang akan mara ke perlawanan akhir, manakala pasukan yang tewas beraksi penentuan tempat ketiga.

Untuk rekod, Malaysia pernah muncul juara empat edisi Piala Raja Thailand pada 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Artikel Berkaitan: