Jenazah empat beranak maut kemalangan dikebumikan

Jenazah empat beranak Mohamad Suti Yahaya, 39, isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, anak mereka Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 5, dan Nurfatihah Jannah berusia sembilan bulan yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Semanggar Dalam di sini semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja petang ini. - Foto Bernama

A
A
A

KOTA TINGGI - Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Semanggar Dalam di sini pada Selasa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja petang ini.

Pasangan suami isteri, Mohamad Suti Yahaya, 39, dan Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, serta anak mereka Nurfatihah Jannah berusia sembilan bulan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad sekitar pukul 5.30 patang.

Jenazah seorang lagi anak pasangan itu, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 5, tiba lebih awal kira-kira 3.40 petang untuk dikebumikan secara berasingan di tanah perkuburan sama mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan disahkan positif Covid-19.

Jenazah empat beranak Mohamad Suti Yahaya, 39, isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, anak mereka Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 5, dan Nurfatihah Jannah berusia sembilan bulan yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Semanggar Dalam di sini semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja petang ini. - Foto Bernama
Jenazah empat beranak Mohamad Suti Yahaya, 39, isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, anak mereka Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 5, dan Nurfatihah Jannah berusia sembilan bulan yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Semanggar Dalam di sini semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja petang ini. - Foto Bernama

Sebelum itu jenazah Mohamad Suti, isteri dan anak perempuannya itu dibawa ke Masjid Jamek al-Sharif, Felda Pasir Raja sebelum disembahyangkan serta diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan kenalan.

Ketiga-tiga jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira-kira satu kilometer dari masjid untuk disemadikan dalam suasana pilu serta penuh hiba, dan hujan renyai.

Pasangan itu meninggalkan seorang cahaya mata Nur Suzila berusia lapan tahun yang kini di bawah jagaan ibu Siti Jamaliah, iaitu Rosni Sintingan, 53.

Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora dilaporkan berkata, kejadian pada pukul 1.20 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila Mohamad Suti yang membawa tiga lagi mangsa, gagal mengawal motosikal yang dinaiki mereka semasa melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. - Bernama