Dayung labu gergasi sejauh 61km

Hansen mengambil masa hampir 12 jam untuk mencipta rekod baharu perjalanan paling jauh dengan menaiki bot labu. - Foto Agensi
Hansen mengambil masa hampir 12 jam untuk mencipta rekod baharu perjalanan paling jauh dengan menaiki bot labu. - Foto Agensi
A
A
A

LINCOLN - Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) berjaya mencipta Rekod Dunia Guinness baharu selepas mendayung labu gergasi sejauh 61 kilometer (km).

Duane Hansen dari Nebraska membuat pencapaian itu di Sungai Missouri sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada Sabtu lalu.

Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan Hansen menaiki labu gergasi seberat 384 kilogram tersebut dan ia turut disahkan pegawai perbandaran.

"Hansen mula mendayung pada jam 7.30 pagi (waktu tempatan) dan perjalanan itu selesai selepas jam 6.30 petang," jelas pegawai tersebut yang menyaksikan cubaannya untuk mencipta rekod.

Difahamkan, Hansen turut menamakan labu gergasi itu yang ditanam selama 10 tahun sebagai SS Berta.

Lelaki tersebut digambarkan sebagai penduduk lama Nebraska yang gemar menanam sayur-sayuran termasuk labu gergasi sebagai hobi.

Hansen dikatakan mendapat inspirasi daripada rekod sebelum ini.

Pencapaian mengagumkan itu turut menerima ucapan tahniah beberapa pengguna media sosial.

Artikel Berkaitan:

"Ia adalah rekod yang luar biasa dan sangat memberi inspirasi. Beliau seorang individu yang hebat!" kata seorang pengguna media sosial.

Sementara itu, The Guardian melaporkan Hansen telah memecahkan rekod perjalanan paling jauh dengan menaiki bot labu yang dipegang Rick Swenson yang mendayung sejauh 41.038 km di Grand Forks, North Dakota pada 2018. - Agensi